Friday, May 24, 2013

Selamat Bertunang, Sahabatku Sayang! - Teaser.

Assalammualaikum semua orang!
Esok tarikh 25.52013, Hari yg paling bermakna buat sahabatku, Noraikah Rasida binti Roslan yg akan secara rasminya menjadi tunangan orang. Untunglah cun, muka macam kacukan arab walaupun sebenarnya asal-usul melayu tulen. Jadi rebutan sana sini, Isk sape taknak bila dah cantik macam ni kan? ;)


 Teman baik, Teman berkongsi suka dan duka. Lap hingus pun pernah sama-sama!

Sebagai kawan yg dah bertahun-tahun menjadi teman semasa susah dan senang, Ibarat makan sepinggan, minum secawan tapi tidur lain-lain rumah, Aku tumpang gembira utk dia. Sape pulak yg nak tumpang sedih klu kawan sendiri sedang melalui detik bahagia kan! Cuma sedih sebab Malangnya majlis dia ni aku tak dapat pergi. ............................................................................
Bapak sedih T.T Nak menangis ahh cenggini. Cuma mampu ikuti apa saja perkembangan tentang persiapan majlis pertunangan dia tu dari jauh. Terpisah sempadan negeri, Perak dan Kedah. Memanglah tak jauh mana tapi nak balik tu yg jadi masalah, makcik sibuk. Takkan nak paksa jugak suruh dia hantar balik  *Menangis disertai ratapan pilu... 

Even aku tak dapat balik, aku dah sesiap suruh akak yg sekarang ada kat Perak utk wakilkan aku nak menengok si Aika bertunang sok. Sesiap aku suruh akak jadik photographer tanpa upah suruh snap beberapa keping gambau Aika bertunang. Dapat tengok gambar pun jadi lah kan dari takde. Hukk hukk tragis gila rasanya bila jadi mcm ni. Jangan masa dorang naik pelamin nanti aku tak dapat datang jugak sudahlah :( *Menangis lagi sambil geguling... Lagi tragis bila asalnya aku dah berangan nak mekapkan Aika, Tupp tupp tak dapat balik, jadinya Kakak yg tolong mekapkan.

Syahdu jugak jiwa ni bila Aika tanya banyak kali, sama ada balik atau tak ke majlis dia ni....... Berharap betul nada suara dia tu. Mintak sangat aku dapat balik. Dan lagi syahdu bila terkenang-kenang balik momen-momen masa bersekolah dulu. Masa dengan Aika dan kenkawan lain. Sekarang, dah nak jadi tunang orang. Kata Aika kalau panjang jodoh dia dengan encik tunang dia tu, Hujung tahun dah boleh naik pelamin. Tahun depan dah boleh ada anak, Aku dah boleh jadi makcikkk! *Okay Excited lebih dah tuu...

InsyaAllah! aku sentiasa doakan yg baik-baik je untuk korang berdua. 

Dan personally to Aika, Aku bebanyak Mintak maaf bebanyak sebab tak dapat balik di hari berbahagia kau ni, Even majlis tunang je pun, Tapi ye lah... Benda first time untuk kau, dan kawan aku paling rapat pulak tu. Arghh sumpah rasa bersalah mcm pesalah dalam kandang tertuduh sedang dibicarakan dlm mahkamah. Tp aku tetap follow news dari jauh! Walaupun malam ni dah beribu kali aku call dan mesej pun haram kau tak balas, Aku tahu kau sibuk dengan persiapan untuk hari esok.....
                           Takpelah klu betul kau tak jawab call atau mesej aku sebab SIBUK.
                           Tapi kalau sebab kau merajuk aku tak dapat balik,
                           Aku mohon maaf setinggi Gunung Everest dekat engkau! *Menangis lagi

InsyaAllah aku janji once aku balik nanti kita jumpa. And and aku janji akan belikan something untuk kau sayang! Aku tau kau suka makan Cadburry. Aku beli stok untuk sebulan. Janji!

Apa-apapun, Selamat Bertunang aku ucapkan untuk korang dua orang. Semoga kekal sehingga lah ke jinjang pelamin. InsyaALLAH kalau dah jodoh takkan ke mana. Kalau dah bersuami nanti jangan lupa lah kat kawan hang ni naaaa :")



 
Selamat Bertunang, Aikaa & Syafiq, 25/5/2013.