Thursday, May 23, 2013

Its Holidays! - Some Travel Tips from Me :)

Yeayyyy! Rasa macam sekejap sungguh tahun 2013 ni, Tupp tup, dah masuk musim cuti sekolah pertengahan tahun. Seronoklah adik cecomel yg mesti memasing dah excited buat planning nak ke sana sini dengan family atau kenkawan kan, Maklum lah, masa ni lah nak luangkan masa bersama, merehatkan diri di rumah ataupun pergi holiday trip.Wahhhhh Bestnyaaa!

 

Bukan saje para budak sekolah, bahkan dengan guru-guru yg mengajar sekali pun excited dapat bercuti. Masa utk kurangkan stress dari nak menghadap pelbagai ragam anak murid yg kekadang bikin kepala otak pening-pening lalat. Upsss, Betuii kann eheee^^

Kepada mereka yg plan nak pergi melancong, tak kisah la sama ada dalam negara ke atau oversea sana, Here some tips yg aku nak kongsi ketika pergi bercuti atau dalam bahasa omputihnye, Travel. Apa, Ingat nak cantik, nak cari calon laki, nak berjaya je ada tips?
Pergi bercuti/melancong pun ada tips dia sendiri. Tips nak memudahkan pergerakan, menjimatkan kos, memastikan tempat yg dikunjungi selamat dan segala mak nenek yg ada kaitan dengan pergi bercuti ni lah.

 

1. Destinasi Percutian.
Bila korang dah plan mana nak pergi, first, Korang mesti lah usha dulu tempat yg korang nk pergi tu macam mana keadaan dia. Selamat ke tidak. Mana lah tahu tempat yg korang nak tuju tu tengah perang ke, tengah diisytihar 'Darurat' ke, Mau tak nangis korang mintak nak balik rumah bila dah sampai sana? Hehehe. Lepastu jangan lupa usha mana tempat korang nak menginap, buat perbandingan harga antara tempat-tempat tu. Pilih ikut kemampuan ehh dah macam segmen Destinasi Bajet pulak......

 

2. Barang yg akan Dibawa.
Bila dah siap usha semua, tempat dengan harga pun korang dah puas hati, Masa untuk Packing bebarang yg akan diangkut ke sana. Time cem nih laa aku harap sgt boleh bercuti dengan bawak rumah. Kan best cemtu, Serba lengkap dan semua ada. Malangnya tu cuma satu benda yg sangat mustahil berlaku, maka pack barang anda secara berhemah. Bawak barang-barang ikut keperluan. Ditegaskan, Ikut Keperluan. Berapa hari nak pergi, set berapa pasang baju yg LOGIK dibawak. Kalau cuma nak pergi untuk dua tiga malam, tiga bagasi roda dengan teddy bear saiz gergasi tu tak relevan okay......... Penat nak angkut barang. Rugi tenaga je nak travel jejauh mcm tu. Oleh itu, Sedaya upaya limit kan barang yg nak dibawak.


3.  Dokumen.
Dah tentulah ni perkara paling utama yg nak kena ingat. Jangan lupa bawak sekali dokumen pengenalan diri seperti Kad Pengenalan, Passport, Tiket Kapal Terbang/Kereta Api/Bas (Atau apa saja yg anda naiki), Ini utk memastikan yg enkorang takkan menghadapi masalah dituduh sebagai pendatang tanpa izin di kemudian hari.
 

4. Wang Tunai.  
Yang ni pun penting jugak. Bawak duit yg mencukupi semasa melancong. Sesetengah tempat memang ada yg menerima kad kredit, Tapi tak semua tempat. Jadi, bawak duit/wang tunai yg cukup adalah cara selamat utk memastikan percutian enkorang tu tak terjejas dgn sebarang masalah. Lagipun boleh spend sikit belikan cenderahati utk kaum kerabat, kan? 

5. Beringat dan Utamakan Keselamatan diri.
Last but not least, makesure jaga diri korang walau ke hujung ceruk mana korang pergi bercuti. Kalau boleh, Cari pemandu arah/penunjuk jalan yg boleh dipercayai dan lagi lah bertambah-tambah selamat kalau korang pergi bercuti secara berkumpulan. Ramai-ramai berjalan baru rasa meriah dan best, dari pergi seorang diri.

Thats some simple tips yg aku selalu apply kalau pergi bercuti lah. Cuma highlight kan benda wajib dan patut buat ketika pergi melancong.


So, Kepada yg dah plan mana nak pergi dan apa nak buat, Selagi benda tu elok dan tak membahayakan diri, enjoy your holiday. Kepada adik-adik sekolah yg selalunya time cuti mcm ni ambik kesempatan nak buat benda tak berfaedah macam merempit lah, men-drift lah, Elakkanlah.
Musim cuti ni patutnya rehatkan diri dan minda. Buat perkara elok dan berfaedah.
Ambil peluang masa yg ada utk beribadat pd Allah pun bagus jugak. Tambah pahala :)

Kepada yg bekerja walaupun dah masuk musim cuti, Alooo namaoo la cedih-cedih. Meh kita nak hugs! Hee, Takpe. Lambat laun walaupun sekejap, Mesti dapat jugak rasa bercuti tu..... Aku pun tak ada cuti Huuukkkk Hukkkk *Nangis

Apapun, Jaga diri dan pastikan cuti yg ada ni digunakan sebaiknya. Selamat Bercuti buat kalian yg sudi membaca! Sehingga bertemu lagi di lain entry :) Adiossss~