Friday, June 21, 2013

Ketagihan Online Shopping dan La Sensia Store.

lama gila tak meng-update belog. Bukan takde benda nak dibual bicara, cuma diri masih mencari masa....... Agak sibuk dalam beberapa hri sebelum ini....
Alhamdulillah harini dah masuk dua minggu lebih aku mengusahakan kedai online sendiri. Yg diberi nama ala ala mat saleh sungguh bunyinya. Aku cuma ambil dan jual barang yg aku suka. Walaupun sebenarnya aku tak pasti ada orang suka atau tak. Hahaha tp alhamdulillah, buat masa ni pendapatan aku dalam mingguan mengjangkau jugak dalam ribuan^^
Alhamdulillah dan segala pujian kepada yg maha Esa sekali lagi,

Seebenarnya aku tak pernah sangka yg aku finally akan ada online shop sendiri. dedulu aku cuma suka mengembara dalam instagram online shop yg berlambak-lambak dekat insta. ralit sungguh bila menengok barangan yg dijual. pelbagai bentuk, jenis dan size. semuanyya yang fuhh fuhhh fuhhhh! menawan qalbu betul. geram menengok insta store apatah lg yg menjual dress comel-omel, bag-bag kiut-miut dan kasut yg kelihatan sungguh jelita. masa ni mata memang bekerja keras nak menangkap visual-visual dalam skrin handphone. tp bila difikirkan balik, itu semua sungguh buang masa. yes betul.
Bukan setakat buang masa, buang duit pun sama. yes, betul lagi.

jadi nak dijadikan ceghita, dalam duk menengok oghang punya, aku pun teringin nak ada buiness online sendiri. bukan sebab nak duit sangat pun, cuma seronok. tgk orang berniaga dan keep in touch dgn ramai orang. so, aku plan nak ada aku punya buiness online sndiri. masa tu aku satu jadah apa pun tak tau atau macam mana nak start..... atau dari mana nak dapatkan stock utk dijual *Ini dinamakan satu plan yg dirancang secara tak terancang...... okay fine!

Lepastu, kembali tengok orang lain punya insta store lg. dan penuh mengharap supaya aku mampu miliki kedai online umpama katak mengharapkan hujan............
tapi cuma mengharap tanpa apa-apa tindakan....

Dan sampailah satu hari, aku nak jugak nak jugak nak jugak ada kedai online sendri, so aku mulakan dengan menjual barangan orang lain. ni hasil daripada dorongan kedai-kedai online tersebut yg telah berjaya membuat aku meng-on-kan sifat rajin aku supaya berusaha. dan tanpa apa apa pengetahuan tu la aku mulakan semuanya didahului ungkapan bismillah :)
macam tu la permulaan aku memiliki kedai online sendiri LaSensia Store^^

Alhamdulillah agak penat sb sehari dalam dua tiga puluh whatsapp jugak yg kita kena reply. dan layan pertanyaan customer yg kekadang bikin bengang jugak bukan sebab apa, ada setengahnya yg aku dah letakkan tanda harga dgn sebesar alam, dia masih comment menanyakan harga, agak bengang tp tak elok mengeluh sebab customer tu rezeki! tu je yg mampu aku ucapkan. dan taraaaaa!

 
Antara barang hotseller di Ig store aku. hihihi alhamdulillah masyuk masyukkk :)
Raya ni boleh kumpul duit sikit-sikit untuk dermakan pada anak-anak yatim. InsyaAllah raya ni aku nak buat sesuatu yg mampu aku banggakan. yelah selama ni duduk rumah hidup mcm bukan normal. ini masa utk aku buktikan aku boleh berjaya.

dan sempena raya yg tak berapa lama lg nak menjelma, aku juga ada sertakan beberapa koleksi pakaian wanita yg pada pandangan mata aku cantik, taktau laa pada pandangan enkorang kan eheh

 

 


 Tribal Dress with Ribbon


Tribal Dress Ribbon Colour 2

Amacam amacam? Okay tak? adakah gambau-gambau diatas berjaya menarik perhatian enkorang? Selain ladies clothing, aku jugak ada jual Colourful jeans, Powerbank, Fish eye Lens dan memacam bentuk benda alah lagi. dan aku dah sedaya upaya limitkan harga setiap item yg dijual supaya mampu dibeli oleh apa golongan pun :)
InsyaAllah lepasni akan ada banyak lg item yg lebih menarik utk semua! will update soon!
And very big thankyou for semua orang yg encourage dan supporting aku dalam mengusahakan buisness online sampai ke tahap sekarang^^aku akan lebih berusaha untuk capai target menjadi usahawan online yg terkenal! 
Sibuk memang sibuk harap aku masih ada masa utk family dan yg tersayang :*
Okaylah lain kali aku rajin dan ada masa, i aku akan tulis lagi buat yg membaca, terima kasih!
 Ini dia sebagai penutup entry. Gambau owner kedai online nak jugak menyelit masuk. kekonon sedang sibuk mengira kos itu ini. Hihi

p/s : Dont stop encoraging and supporting me. Really appreciate those :)

Wednesday, June 5, 2013

Pelengkap Hidupku di Dunia.

Assalammualaikum. Sekejap sungguh rasanya bila tengok kalendar di skrin Handphone, dah masuk June2013. Rasa macam baru lagi sambut Tahun baru. Tp sekarang, dah pun masuk pertengahan tahun. Tinggal lebih kurang lagi 6bulan sebelum 2013 pula melabuhkan tirainya.
Dan selamat datang June 2013, Aku ucapkan.............

Semoga bulan ni, hidup aku lebih sukses, berjaya dan cemerlang, gemilang, terbilang.... Poyo lagi.
Uhukk. Untuk bulan ni jugak, relationship aku dan Amirul genap 5bulan. Bulan ni jugak, birthday kakak aku, pada 29June dan bulan ni jugak bulan terakhir umat Islam boleh makan di siang hari, sebab masuk bulan 7 je, dah start Ramadhan. Dan InsyaAllah pd awal bulan 7 jugak, Janna Lawwa New Skin akan mula masuk pasaran. New look and New packaging. Weehuu, Cant wait!
Bila dikenang balik, banyak benda baik yg berlaku. Rezeki dan rahmat dari Allah :)

Walaupun pada mulanya latar belakang hidup aku ni tak seperfect orang lain, aku masih ada sumber kekuatanku yg tersendiri. Betapa besarnya rahmat yg Allah berikan pada aku. Walaupun aku berstatus anak yatim piatu, tapi Allah masih sayang pada aku. Alhamdulillah sebab aku ada makcik mcm dia yg menjaga aku dari kecil sampai sekarang dengan penuh keikhlasan. Aku ada opah yg paling faham dan habiskan masa tuanya membesarkan kami.
Aku dimanjakan, diberi perhatian dan aku mendapat pendidikan yg sempurna macam orang lain yg masih ada ibu-bapa. Alhamdulillah ya Allah.

Selama ni memang aku selalu mengeluh. Tapi lepas ni aku akan kurangkan keluhan aku. Sebab apa, sebab aku dah besar dengan sempurna. Segala apa yg aku ada sekarang, semua datang dari Allah. Contohnya makcik, opah dan kesemua adik beradik aku, Keluarga besar aku, ANUGERAH yang paling tak ternilai. Mereka adalah nyawa aku, tanpa mereka, aku pun tak mampu hidup bahagia seperti sekarang.

Untuk bulan ni, aku harap semuanya baik seperti bulan-bulan sebelumnya. Alhamdulillah syukur, hidup kami satu family sentiasa Allah permudahkan. Berkat doa opah, kata makcik. Kekadang, aku tak rasa susah pun hidup tanpa ibu-bapa atau sebuah keluarga yg sempurna, sebab apa yg aku ada sekarang, dah cukup sempurna. Lebih dari cukup :)


Opah dan Makcik ku yg tersayang. Pelengkap Hidupku.

Terima kasih Allah kerana berikan mereka pada aku. Aku gembira dan sentiasa rasa selamat bila mereka berada di sampingku. Setiap momen dalam hidup, semuanya tak lengkap andai tanpa mereka semua.

Momen bersama Opah sayang.

Abang aku yg paling sempoi.

Kakak yg penyayang.

Adik Aku yg manja.

Act aku ada lima orang adik-beradik. Tapi disebabkan aku tak ada gambar berdua dengan dia, maka tak dapatlah nak show off kat sini. Mueheheheh. Inilah semangat aku, nyawa aku dan pelengkap hidup aku selama aku di dunia ni. Mereka orang yg paling dekat dan rapat dengan aku, dan yg paling rapat dengan aku. Aku sangat sayangkan mereka lebih dari apa pun yg aku miliki di dunia ni :)

.Lastly, my makcik, my angel, my idol, my angel. *p/s: Hitamnya muka aku dalam gambau!!

Dia lah orang yg dah jaga dan besarkan aku selama lebih 19 tahun aku hidup di dunia. Makan pakai aku, semuanya dia tanggung dengan tulang empat kerat dia. Dia berikan aku segalanya yg aku perlukan, Kasih sayang, Pelajaran dan kelengkapan. Tak tahu apa yg mampu aku buat untuk balas segunung everest budi dia pada aku. Terima kasih Allah kerana hadirkan dia dalam hidup aku.


Inilah kisahnya hidup aku dan pelengkap hidupku selamaku di dunia. Bagi yg masih ada ibu bapa, aku harap enkorang jaga dan hormati inu bapa korang selagi mereka masih ada, dan korang masih ada peluang bermanja dengan mereka. Jangan bila dah tak ada nanti, masa tu baru tahu erti penyesalan. Sesungguhnya masa tu sangat-sangatlah korang dah terlewat. Rugi kan?

Bukan apa, bila aku baca paper pun, banyak cerita pasal anak derhaka yg kes mereka semua extreme belaka, sepak mak, sembelih bapak. Kenapalah sampai macam tu sekali kejamnya mereka yg melakukan perbuatan ni semua. Tahu tak berapa ramai orang macam aku yg mengharap untuk memiliki seorang ibu dan seorang bapa, tapi mereka yg masih memilikinya, langsung tak hargai harta berharga yg mereka ada. Isk sungguh rugi. Sedih tau bila baca paper pasal anak buang mak bapak.
Insaflah mereka yg tak hargai ibu-bapa mereka. sebab rugi sungguh. sungguh... sungguh rugi.
Keluarga tu kata Allah adalah cerminan dirikita. Darah yg mengalir dalam tubuh mereka adalah yg sama yg mengalir dalam tubuh kita.
Maka, sayangilah keluarga seperti kita sayang pada nyawa sendiri. Ingat yer............