Friday, June 21, 2013

Ketagihan Online Shopping dan La Sensia Store.

lama gila tak meng-update belog. Bukan takde benda nak dibual bicara, cuma diri masih mencari masa....... Agak sibuk dalam beberapa hri sebelum ini....
Alhamdulillah harini dah masuk dua minggu lebih aku mengusahakan kedai online sendiri. Yg diberi nama ala ala mat saleh sungguh bunyinya. Aku cuma ambil dan jual barang yg aku suka. Walaupun sebenarnya aku tak pasti ada orang suka atau tak. Hahaha tp alhamdulillah, buat masa ni pendapatan aku dalam mingguan mengjangkau jugak dalam ribuan^^
Alhamdulillah dan segala pujian kepada yg maha Esa sekali lagi,

Seebenarnya aku tak pernah sangka yg aku finally akan ada online shop sendiri. dedulu aku cuma suka mengembara dalam instagram online shop yg berlambak-lambak dekat insta. ralit sungguh bila menengok barangan yg dijual. pelbagai bentuk, jenis dan size. semuanyya yang fuhh fuhhh fuhhhh! menawan qalbu betul. geram menengok insta store apatah lg yg menjual dress comel-omel, bag-bag kiut-miut dan kasut yg kelihatan sungguh jelita. masa ni mata memang bekerja keras nak menangkap visual-visual dalam skrin handphone. tp bila difikirkan balik, itu semua sungguh buang masa. yes betul.
Bukan setakat buang masa, buang duit pun sama. yes, betul lagi.

jadi nak dijadikan ceghita, dalam duk menengok oghang punya, aku pun teringin nak ada buiness online sendiri. bukan sebab nak duit sangat pun, cuma seronok. tgk orang berniaga dan keep in touch dgn ramai orang. so, aku plan nak ada aku punya buiness online sndiri. masa tu aku satu jadah apa pun tak tau atau macam mana nak start..... atau dari mana nak dapatkan stock utk dijual *Ini dinamakan satu plan yg dirancang secara tak terancang...... okay fine!

Lepastu, kembali tengok orang lain punya insta store lg. dan penuh mengharap supaya aku mampu miliki kedai online umpama katak mengharapkan hujan............
tapi cuma mengharap tanpa apa-apa tindakan....

Dan sampailah satu hari, aku nak jugak nak jugak nak jugak ada kedai online sendri, so aku mulakan dengan menjual barangan orang lain. ni hasil daripada dorongan kedai-kedai online tersebut yg telah berjaya membuat aku meng-on-kan sifat rajin aku supaya berusaha. dan tanpa apa apa pengetahuan tu la aku mulakan semuanya didahului ungkapan bismillah :)
macam tu la permulaan aku memiliki kedai online sendiri LaSensia Store^^

Alhamdulillah agak penat sb sehari dalam dua tiga puluh whatsapp jugak yg kita kena reply. dan layan pertanyaan customer yg kekadang bikin bengang jugak bukan sebab apa, ada setengahnya yg aku dah letakkan tanda harga dgn sebesar alam, dia masih comment menanyakan harga, agak bengang tp tak elok mengeluh sebab customer tu rezeki! tu je yg mampu aku ucapkan. dan taraaaaa!

 
Antara barang hotseller di Ig store aku. hihihi alhamdulillah masyuk masyukkk :)
Raya ni boleh kumpul duit sikit-sikit untuk dermakan pada anak-anak yatim. InsyaAllah raya ni aku nak buat sesuatu yg mampu aku banggakan. yelah selama ni duduk rumah hidup mcm bukan normal. ini masa utk aku buktikan aku boleh berjaya.

dan sempena raya yg tak berapa lama lg nak menjelma, aku juga ada sertakan beberapa koleksi pakaian wanita yg pada pandangan mata aku cantik, taktau laa pada pandangan enkorang kan eheh

 

 


 Tribal Dress with Ribbon


Tribal Dress Ribbon Colour 2

Amacam amacam? Okay tak? adakah gambau-gambau diatas berjaya menarik perhatian enkorang? Selain ladies clothing, aku jugak ada jual Colourful jeans, Powerbank, Fish eye Lens dan memacam bentuk benda alah lagi. dan aku dah sedaya upaya limitkan harga setiap item yg dijual supaya mampu dibeli oleh apa golongan pun :)
InsyaAllah lepasni akan ada banyak lg item yg lebih menarik utk semua! will update soon!
And very big thankyou for semua orang yg encourage dan supporting aku dalam mengusahakan buisness online sampai ke tahap sekarang^^aku akan lebih berusaha untuk capai target menjadi usahawan online yg terkenal! 
Sibuk memang sibuk harap aku masih ada masa utk family dan yg tersayang :*
Okaylah lain kali aku rajin dan ada masa, i aku akan tulis lagi buat yg membaca, terima kasih!
 Ini dia sebagai penutup entry. Gambau owner kedai online nak jugak menyelit masuk. kekonon sedang sibuk mengira kos itu ini. Hihi

p/s : Dont stop encoraging and supporting me. Really appreciate those :)