Assalammualaikum......
Selamat petang pakcik, makcik, kaum kerabat, suku sakat sekaliannya.......
Rindu saya yang comel ni tak Ehee!
Ouchh tajuk entry macam hot. Tapi macam Hot jela. Tak seperti digambarkan. Haha.
Agak bosan duduk rumah hari ni, Belek lappy gatal pulak tangan nak log in Facebook.
Facebook yg dah bersarang terbiar sejak akhir dua tahun lepas. Notification, Takpayah cakap lah. Semak dengan Group update, Game invitation bagai. Bukan apa, sejak Fb dah tukar jadi temline, jadi serabut aku nak men-discover bebanyak.
Kita ada laman sosial nak hilangkan stress. Ni bila dah upgrade mcm tu sumpah lagi tambah tekanan.
Sebab tu aku pun dah malas nak online. Klu online pun atas sbb tertentu. Nak contact kengkawan/saudara mara yg masih lagi guna Fb dan sewaktu dengannya......
Tapi lagi tambah tekanan bila online laman-laman sosial mcm ni, ada lelaki yg send chat
"Hi, Nak kenal boleh?"
Ataupun nada islamik sikit "Assalammualaikum, Awak comel. Jum kenal?"
"Awak, Mintak number phone.."
Mengorat cara kuno. Sekarang dah tak guna pesen tu. Mana ada orang mengorat mintak number telefon dah! Semua mintak Line, WeChat ID. Paling kuno pun mintak username Twitter la kan. Tu pun klu Twitter tak ada mangga baru rasa syok nak stalk.. Kuiii Kuiii *gelakcomel.
Lepastu klu diperhatikan, mereka yg suka send chat chat ni bukannya boleh percaya sangat. Lelaki yg bercucuk tanam tebu di pinggiran bibir sekarang is everywhere. So girls, Please beware dengan kewujudan lelaki mcm ni. Jangan terlalu melayan. Kelak bila dah tersalah step, Padah.
Macam aku, Selalunya bila aku dapat chat from someone tak dikenali, First step adalah: STALK dorang.
Hahhh! Macam yg aku agak. Konpom!
Conversation dorang dengan memana perempuan pun semua sweet belaka. Satu komen kita baca antara dia dgn perempuan tu, Kita pun akan teka, Mungkin itu GF dia sebab dia panggil perempuan tu 'DEAR', Bila scroll bawah lagi, Conversation dengan perempuan lain pulak... Dipanggilnya 'SAYANG'. Bawah lagi, sama. Bawah lagi pun sama. Semua conversation disertai dengan panggilan mesra tak hengatttt........ Dalam fikiran masa tu cuma akan timbul satu je perkataan yg terpampang dengan sebesar-besar alam iaitu: "PLAYBOY"
Tak kisah dengan siapa pun dia nak berkenalan, Had kena jaga. Ada batasan.
Dengan semua perempuan kau nak ber-dear-dear sayang bagai, Itu melampau la derr,
Lagi satu, acane klu one of girls yg kau tegur tu dah berpunya, dah ada pasangan. Mahu tak dirasuk setan rasa nak mengamuk pakwe dorang kalau kau yg entah sesape tu nak bermesra dengan awek dorang. Respect people's relationship, Please.
Kalau batang hidung kau yg kena, apa kau rasa. Fikir sendiri lah derr........
Lagi satu, Lelaki yg terlalu mesra alam ni... Mesti buat awek dia banyak makan hati kan? *mukacedih
Mana tak makan hati, Sambil pegang tangan jalan sama-sama minum coolblog, Mata si pakwe boleh merayap tengok awek-awek lain yg kebetulan di situ. Lagi buat makan hati berulam jantung cicah hempedu bila awek lain yg si pakwe tenung tu, Lebih hot dari diri mereka sendiri. Masa tu mungkin si awek rasa mcm nak bantai pakwe dorang tu dengan rim tayar Toyota Hilux. Biar kemek tak serupa orang. Muahahah!
Khas buat para lelaki, Ketahuilah yg tak semua perempuan mampu cover sporting bila pakwe dorang suka bertegur-tegur dengan awek-awek lain depan mereka. Ada jugak mungkin akan senyum kambing je bila kau ramah dengan perempuan depan dia, Tp dalam hati dia, Hancussss beb.
One day kalau dia dah tahan dengan perangai kau, Jangan salahkan dia kalau dia mintak putus okayy..
Jadi terimalah hakikat yang lelaki yg mudah mesra dan bermulut manis ni memang dipercayai sebagai seorang yg tak mampu setia dalam hubungan. Macam mana nak setia kalau ayat manis untuk perempuan lain dah buat note, lipat kecik-kecik simpan dalam poket. Nanti senang nak guna untuk ayat perempuan. Kalau betul mampu setia pun, apa faedahnya dia flirting dengan other girls. Buat partime job ke apa?
Itu untuk yg dah ada awek.
Untuk lelaki yg single pun...... Single bukan tiket untuk berpoya-poya dengan ramai perempuan ye encik. Noted this.
Seriously, I am not attracted to someone yg
terlebih mesra dengan perempuan. Bukan aku nak suruh dia jadi kera
sumbang, Just pandai sesuaikan keadaan. Kalau semua perempuan dia nak
mengayat, Dari situ dah nampak yg dia bukanlah seorang yg setia. Yes,
aku tahu ada kalangan lelaki yg mampu setia walaupun dari luar dia jenis
mesra alam dan ramah dengan semua orang. Ramah tak salah. Yang salah
bila keramahan dia tu disertai dengan bunga-bunga kemesraan yg melampau
batas. Ini dah lebihhhhhh........
Dah tahap mencabar kesabaran luaran dan dalaman.
Pantang tok nenek gua kalau jumpa lelaki jenis flirting macam ni *MukaEmosional
Klu perempuan yg berpoya-poya, Pandai enkorang nak cop kan 'Barang Murahan'
Habis kalau lelaki yg berpoya-poya, Tak ke Murahan jugak namanya tu? Ataupun 'Barang Reject?'
Katanya,
Lelaki suka perempuan yg jual mahal.
Ingat jugak yg perempuan pun suka dengan lelaki yg jual mahal ni....... Lelaki kalau dia dah ada awek dan dia sombong dengan perempuan lain sebab taknak kesetiaan dia pada awek dia tu diragui, Perghhhhh...... Sumpah Kelassss Gilaaaaaa perilaku dia *Tabikspring!!! ;D
Kalau diri dah berpunya, Buat macam dah berpunya. Cubalah setia.
Kalau belum berpunya, Cari seorang je untuk mengisi kekosongan hati, Bukan kaut semua. Itu Conclusion dia.
So, apalagi, from now on, Lets built up a better self-nation, Ecewah...
Cepat cepat belajar untuk jadi seorang lelaki bermaruah yg setianya cuma pada yg satu.
Yang tak suka buang masa mengejar perempuan sana sini, Tapi ada misi hidup yg tersendiri.
Yang tak gunakan kata-kata manis untuk mengayat perempuan, tetapi membuktikan cinta dengan perlakuan.
Dan semestinya lelaki yg Highclass mempunyai standard beliau yg tersendiri. Standard AAA gitu~~
Handsome nya Aaron Aziz. Aummmmm <3
Disertakan gambar flawless Aaron Aziz yang bisa bikin hati para anak dara, golongan andartu diikuti mak janda jadi goyah dan degupan jantung hilang ritma dek tenungan seksinya itu. Dari sudut pandangan aku yg rabun, Aaron Aziz salah seorang lelaki bertaraf High Class yg Meletups uolss! Ye, aku tahu ramai yg setuju dengan pendapat aku ni.
Sehingga aku rajin menaip lagi. Adiossss~
p/s: Aku memang dah lama minat si Aaron Aziz ni, Tapi sayang dah berbini. Takpe, saya setia hujung nyawa dengan encik WA^^