Friday, May 31, 2013

Gaya Kontemporari Buku Fixi.

Dari zaman sekolah aku memang gilakan buku. Novel, majalah, artikel atau apa saja bahan bacaan, memang semuanya nampak menarik betul pada aku. Bahan bacaan paling menarik aku pernah baca is genre sastera dan fiksyen. Yes aku tahu sesetengah remaja tak minat sastera sebab memeningkan. Tp bg aku, kind fun bila kita kena baca baris ayat yg kita tak faham bebanyak kali (Sebab karya sastera kebanyakannya terdiri dari bahasa baku, dan kekadang rasa pecah otak nak faham) tapi bila finally kita faham hasil cari meaning dekat kamus dewan bahasa dan sebagainya..... Nahh, Kan kita dah dapat belajar benda baru. Kan?

Sebab tu aku masa zaman sekolah nampak nerd gila.
Dengan spek mata bingkai besar dan tebal pulak tu, ke hulu-hilir mesti ada buku *Ewah Ini bajet
Hahahah bajet tak bajet, masa sekolah dulu, aku pernah jadi Tokoh Nilam. Kiranya mcm Manusia paling banyak baca buku lah dekat sekolah tu, dan sebab dah terikut dengan program Nilam ni, aku pernah masuk pertandingan Tokoh Nilam untuk Peringkat Negeri Perak. Tapi sebab aku ni takde sehebat mana, cuma mampu dapat tempat ketiga. Tu pun syukur sangat sebab dapat banyak pengalaman dan jumpa banyak orang dari tempat lain :)

 
 Salina Karya A.Samad Said
Mencari Locus Standi karya Nisah Haron

           
Tiga karya Awesome Oleh Faisal Tehrani.

Itu antara karya sastera paling awesome aku pernah baca dan aku gilakan dulu... *Ya, Hampir gila dek tatabahasa buku-buku ni benar-benar mencabar kebolehan enjin otak berfikir..... 
Aku gila kan mereka spt kegilaan gadis remaja yg ketagih shopping. Hahahaha nampak tak macam mana gilanya tu? Sena nye banyakkkk lagi. Tapi malas pulak aku nak melabelkan satu-satu. SO, tunjuk antara yg aku dah baca dan masih ingat jalan ceritanya sebab awesome sangat kan....

Cuma sejak dah habis sekolah tangan aku dah jarang pegang buku, mata dah jarang tertancap pada baris ayat dan hidung dah jarang menikmati aroma wanginya sebuah buku yg pernah aku gilakan dulu.
Maklumlah budak dah habis sekolah, masa untuk meneroka dunia baru! Lupakan pasal buku yg remeh dan meletihkan otak tu.

Tp tak semudah tu, zaman aku zaman segalanya di hujung jari. Leka belek twitter dan facebook, tertarik betul aku dengan kebangkitan gaya penulisan plup yg diketengahkan oleh Buku Fixi
Omagad buku dia simple betul. Tajuk dengan hanya satu perkataan, dan gaya penulisan yg sangat urban. Menyerlahkan bakat penulis-penulis kontemporari yg benar-benar mampu mengheret minda ke dalam penulisan mereka! Paling penting, buku-buku yg dipublishkan mereka kebanyakannya fiksyen, cerita rekaan tapi masih ada wujud logiknya, serta lari dari jangkauan imaginasi manusia biasa.

Memang mcm yg aku agak, those books yg dipublishkan under Buku Fixi ni kebanyakan ceritanya berkualiti dan lain dari yg lain. Genre yg paling banyak dipertaruhkan lebih kepada unsur seram, ngeri dan masyarakat semasa. Paling penting, type buku macam ni senang tarik perhatian kalangan remaja untuk membacanya. Berbeza dari gaya penulisan sastera, tapi masih, kualiti penulisan hasil garapan penulis punyai kelass tersendiri. Kelasss kau Buku Fixi. Kan......

First buku Fixi yg aku baca adalah Ngeri, Karya Gina Yap Lai Yoong, sebelum baca usually aku buat survey dulu mana buku yg best apa semua. And yeah, i got some books from Fixi yg dah ada dalam collection. Beberapa kerat buah jela yg ada pun, sebab baru lagi kan.

 

 

Lepas ni akan terus sokong konsep buku Fixi dan nak beli dan himpun banyak lagi sebagai koleksi peribadi. Sekarang lagi banyak dah keluar dengan tajuk dan cerita yg lebih menawan. Tak sabar nya makngahh!!