Thursday, May 16, 2013

Resipi Mee Goreng Mudah Ala-ala Warung.

Assalammualaikum....
Cewahh tajuk entry nak gempak habis. Tak hengatttt. Hahahaha!

Kebetulan masa pergi pasar malam semalam, cadang nak masak mee goreng untuk family mengenyangkan perut. Yes aku memang suka memasak walaupun kekadang masak tu takde laa sedap mana pun, tapi boleh lah dimakan. Sebab tu kalau masa nak mula masak, mesti dimulakan dengan bismillah, InsyaAllah menu yg kita masak tu akan sedap dan menjadi. Heheh.

So sekarang dah selesai masak, rajin pulak aku nak share resipi simple ni untuk dicuba oleh sesiapa yang sudi nak mencuba. Bagi sesiapa yg baru nak belajar memasak pun, dipersilakan jugak mencubanya sebab resepi ni takde lah susah mana pun. Pakai campak je apa yang ada. Tapi gerenti sedap hingga menjilat bumbung rumah........ Okay dah lari tajuk. Hew hew.
Kalau nak cuba, makesure ikut step by step. Kalau ada antara step tu yg korang sendiri dah expert, boleh lah renovate sikit sikit resipi simple ala-ala aku ni.

First of all nak start masak, mesti ada:
  1. Bahan-bahan perencah seperti cili kering, bawang merah, cili hidup, dan sedikit belacan.
  2. Mee kuning dalam paket yg dijual di pasar tu.
  3. 500g udang hidup.
  4. Kicap, 2paket perencah bihun dan sos cili, garam dan serbuk perasa.
  5. Tiga pokok sawi (Atau apa-apa sayur pilihan enkorang)
See, simple gila bahan yang diperlukan untuk sepinggan mee goreng yang MELETOPSS UOLSS!
Disebabkan aku masak tak menggunakan paket cili boh yang dibeli, maka aku akan buat sendiri cili boh di rumah menggunakan mesin pengisar. Buat sendiri dengan beli adalah berbeza, sebab bagi aku, susah nak jumpa cili boh yang sedap dan tak masam kalau yang dijual. Kebanyakkannya mesti dimasukkan cuka dan bahan pengawet yg banyak utk memastikan dia tahan lama maka menjadikan cili boh yang dijual tu masam, atau pun tak kena dengan selera kita.

Buat sendiri cili boh adalah jalan yang terbaik. Bukan sahaja sedap malahnya kualitinyaa jugak gred A okay. Sudahlah sedap, yang penting jugak ianya bersih berbanding yg dijual. Nak buat pun bukannya susah. Cuma kisar sahaja cili kering dan potongan bawang merah, dan dicampurkan dengan secubit belacan dan air. Siap!
Okay ada jugak jenis orang yg malas nak buat cili boh sendiri sebab remeh dengan bijinya yang perlu diasingkan dahulu. Di sini aku sertakan tips sekali untuk buang biji cili kering dengan cara yang mudah.
 Caranya ialah, sebelum mengisar cili kering yg kita nak jadikan cili boh tu, Kita rebus dulu dalam air panas sampai cili kembang dan bijinya terkeluar sendiri. Rebus je macam kita rebus telur tu, Lepas tu barulah dicampur dengan bahan lain dan dikisar sekali.
Nahhh..... Siap dah kita punya cili boh buatan sendiri.

Sekarang dimulakan dengan Bismillah, step untuk menggoreng mee pulak.
  1. Masukkan lebih kurang empat sudu makan minyak ke dalam kuali, Bila dah panas, masukkan cili boh kita tadi dan kacau sehingga pecah minyak. Lepas dah pecah minyak, masukkan perencah bihun dlm paket tu dan sos cili. (Jenis perencah tu ikut suka hati korang jugak. Tapi selalunya aku akan guna perencah brand ADABI.)
  2. Bila bahan-bahan perencah dah dimasukkan td, Masuk pulak secubit garam dan sedikit serbuk perasa. Ini korang kena rasa sendiri, sesuaikan dengan apa rasa yg masuk dengan lidah korang. Lepastu masukkan batang sawi dan udang yang dah dibuang kepala dan ekor.
  3. Agak udang dah masak dan batang sawi tu dah lembut, Barulah masukkan mee kuning, Ingat, sebelum masukkan mee tu, BASUH DULU. Takdelah mee korang tu nanti berminyak takk hengatttt...
  4. Kacaulah mee korang tu dengan api yang sederhana sehingga bahan perencah dan sos tadi dah sebati dan masuk dengan mee. Dan warna pun dah cantik. Kalau mee korang tu nampak pucat, Tuangkan kicap dan kacau rata. Jangan lah sampai hitam legam pulak. Tapi pepandai korang lah supaya nampak cantik dan rasanya tak la pulak masin. Pepandai lah handle sendiri yekk.
  5. Bila mee pun dah sebati dan rasanya lengkap, barulah dimasukkan pulak daun sawi. Kacau sehingga ianya berubah warna tapi jangan lelama nanti kecut pulak. Dah siap, tutup lah api dapur tersebut jangan biar hangit. Angkat dan hidangkan dlm pinggan dengan hirisan cili merah dan bawang goreng.
Dah pun siap mee kita! Inilah hasilnya.......





 

Nampak sedap bukan? Yes memang sungguh sedap! Dengan lima step mudah, dan bahan yang tak perlukan banyak kos, Korang dah boleh dapat sepinggan mee goreng ala-ala kedai makan yang sedap dan berkhasiat. Heheh. Paling seronok bila bagi family makan dan family kata sedap. Makin teruja nak masak dan terus memasak lagi!

Kepada yang nak meNcuba RESIPI MUDAH ni, dipersilakan mencuba.
Selamat berjaya Uolssss. adiosssss ;D