Sunday, May 19, 2013

Perempuan Banyak yg Bodoh: Pondan's Stories.

Assalammualaikum peopless,
 Baru balik dari Perak usai menghantar pulang opah dan kakak. Tinggallah dua wanita itu dalam suasana damai di kampung dan aku serta yang lainnya pulang atas urusan kerja. Kerja yang menuntut pengorbanan. Banyak aspek pengorbanan. Masa dan tenaga.

Dalam perjalanan terbelek paper yg artikelnya tentang golongan nyah dan pondan yg sekarang tengah berlumba-lumba nak jadi cantik. Cucuk sana sini, Potong itu ini,... Faham lah aku kalau yg jenis cucuk muka tu orang perempuan. Tapi sebaliknya orang lelaki. Atau dalam bahasa kasarnya, Orang Jantan.
Hmm. Lagi sedih bila aku tengok dunia sekarang,
Realitinya pondan lagi lawa dari perempuan sejati. Kulit mereka lebih putih gebu dan mulus dari kulit kaum hawa. Percakapan lebih lembut serta perilaku sangat menawan pandangan mata untuk membelek fizikal mereka lebih lama.




Sungguh jelita dan Vogue nya Datuk Jalaludin Hassan sebagai perempuan (Gambar Hiasan)

"Tak sakit ke cucuk sana sini?" Sambil belek paper yg memaparkan gambar seorang nyah bergincu merah makngah, mulut aku membebel.
Makcik yang tengah drive, menjeling ikut cermin pandang belakang. Mungkin sebab lancangnya mulut aku, buat makcik tergerak nak bukak cerita. Makcik dulunya aktif dalam bidang modelling. Dan rata-rata orang yg dikenalinya dalam bidang itu banyak dari golongan lembut meliuk macam ni. Dari tukang mekap, tukang ukur badan, tukang buat baju, Boleh dikatakan all dari sotong team.

"Nak cantik punya pasal, sakit tu tak rasa dah." Makcik mula membuka cerita. "Ingat tak masa kita pergi Hatyai hari tu. Kan ke banyak kita jumpa dorang ni, memacam cerita kita dah dengar." Teringat aku sewaktu kami pergi bercuti ke Hatyai, Thailand. Memang golongan nyah dan pondan banyak di sana. Masa tu kami tak ada plan nak buat apa. Turun ke lobi hotel dan terjumpa sekumpulan Lelaki Jelita yg sedang bergelak sakan melepak. Disebabkn makcik dah biasa dengan kemesraan golongan macam ni, kami pun tumpang sekaki melepak dengan mereka. Istimewanya golongan pondan ni, mereka mudah menerima sesiapa pun yg ingin berkawan atau mengenali mereka. Dalam kata lain, Mereka tidak sombong walaupun fizikal mereka boleh dikatakan Perfect.

"Kami semua on the way nak ke klinik. Ni tengah tunggu lagi satu gang, Lambat betul! Berak batu agaknya!" Pondan yg memperkenalkan dirinya sebagai Delly tadi, membuka cerita. Aku lihat wajah Delly ni dah terlalu banyak yg diubahnya. Langsung tak ada kesan yg dia tu sebenarnya seorang lelaki. Bulu kakinya pun dicukur licin. Payudaranya mantap dan tegang meskipun tanpa memakai bra yg ada span untuk menyokong.

Aku tak banyak menyampuk. Cuma mendengar setiap jawapan mereka apabila makcik mengajukan soalan. Masa tu naik heran jugak aku sebab tak sampai 10minit lepak bersama, makcik dah boleh berbual dengan mereka mengalahkan 10tahun kenal. Lebih heran bila kesemua mereka kelihatan excited mcm nak pergi shopping, Tp kata si Delly tadi nak ke klinik. Ada yg sakit agaknya. Aku menyimpul sendiri.

Entah apa butir perbualan makcik dgn mereka lepas tu, aku tak berapa faham. Memang makcik ada bagitahu, golongan mereka selalunya guna istilah double meaning. Masa tu aku baru 18tahun. Tak berapa nak boleh 'pickup' lagi. Jadi sebabkan kami pun takde plan apa utk satu hari tu, kami pun join sekali kumpulan pondan tersebut ke klinik yg dikatakan tempat famous utk melakukan plastic surgery. Malahan dari mulut-mulut laser pondan itu aku dapat tahu yg artis malaysia pun banyak datang buat muka kat sini. Nak dibandingkan harga KL, Singapore atau Korea, Nyatalah harga yg ditawarkan di Thailand jauh lebih murah. Tapi kualitinya gred A-Plus.

Sesampainya kami depan klinik yg dari luar nampak macam kedai biasa dan agak buruk tu, kami disambut dengan gelak tawa sekumpulan lagi pondan-pondan yg sedang menunggu giliran untuk melakukan operation. Klinik ni tak ada sediakan wad, masa operation juga antara 1-2jam sahaja. Mereka buat operation ni menggunakan ubat bius separuh sedar dan tidak pengsan sepenuhnya. Selesai sahaja memotong, memasukkan atau membuang apa saja seperti yg mereka inginkan, Sudah dibenarkan balik dengan tiub-tiub yg membuang dan mengalirkan darah kotor, siap dipasang pd bahagian yg di-bedah.
Ngeri jugak aku tengok dorang yg keluar selamba sambil hisap rokok sebaik selesai pembedahan implan silikon pada payudara. Seolah-olah tak ada apa yg terjadi tapi hakikatnya, badan mereka diselirati dengan tiub-tiub berisi darah kotor yg dipasang tadi.

Seorang pondan dari Singapore yang mukanya iras-iras Megan Fox, dah bersiap sedia dengan excitednya untuk masuk ke dalam bilik pembedahan. Kali ni agak bahaya, kata kawan-kawan yg lain, pondan dari Singapore itu nekad nak potong anu-nya dan digantikan dengan vagina. Ngeri bila difikirkan balik!!

Sementara itu aku dan makcik serta para pondan yg lain menunggu di luar sambil berbual-bual.
Aku nampak seorang lg pondan lain yg namanya Mira, Membuka sedikit bahagian atas baju yg dipakainya. Satu wayar jernih dan dipenuhi darah dapat aku lihat, menjalar di bahagian dadanya yg dibalut kain putih. Rupanya Mira dah buat plastic surgery sebelum itu. Membesarkan payudara dengan cara memasukkan silikon ke dalam isi dada. Selepas beberapa minggu,tiub jernih yg disambung atas tujuan mengeluarkan darah kotor selepas pembedahan perlu dicabut semula. Dan Mira ke klinik itu semula atas tujuan mencabut semula wayar tiub yg menyelirati badannya itu.



Rupa silikon. Lembut dan lembik.

 
Implan silikon dimasukkan untuk membesarkan payudara.

Kebanyakan dari mereka yg dah buat, dah pun mempunyai sepasang payudara yg sangat lah cantik dari wanita biasa. Cup lebih besar, lebih montok serta kelihatan kemas. Masalahnya, dari mana dorang ni dapat kekuatan luar biasa menahan sakit yg ditanggung lepas operation? Kata Delly, bila mereka dah buat pembedahan payudara ni, pergerakan mereka juga sedikit terbatas. Tak boleh kasar-kasar, meniarap ataupun kalau silikon yg dah dimasukkan td pecah akibat tidak dijaga dengan baik, satu lagi pembedahan untuk mengeluarkan balik kapsul silikon perlu dilakukan. Dan cost utk setiap satu pembedahan itu tersangatlah mahal. Berani ambik risiko lah kalau nak cantik.
Boleh bayangkan penderitaan yg bakal dorang alami? Tapi mereka sikit pun tak fikir semua itu.

"I pun nak tambah cup lagi lepas ni." Pondan sebelah Mira sambung bercerita dalam nada bangga sambil membelai-belai payudara palsu miliknya lembut..
"Eh kan dah besar tu? Nak tambah sampai besar mana lagi?" Makcik menyoal balik. Soalan makcik sama mcm persoalan yg ada dalam otak aku masa tu.

Pondan tadi tergelak kuat diikuti tawa pondan yang lain-nya.
"Kami kalau boleh kak, Tayar Lori nak letak atas ni. Biar besar! Baru puas!" Pondan itu bersuara kuat sambil memegang payudaranya yg dah pun sebesar betik muda itu. Aku dan makcik sama-sama berpandangan dan senyum pahit. Tayar lori? Tak berat ke nak usung ke sana sini? Tu belum ditambah dengan sakit yg bakal datang sekiranya terjadi infection.

"Tu laa orang perempuan ni, banyak yang bodoh. Semua yang kami semua nak, ada pada dorang. Kami habiskan duit beribu-ribu juta dan sanggup tahan sakit semata-mata nak cantik dan nak apa yg dorang ada tu.. Tapi orang perempuan yg dah ada, Tak reti dorang nak menjaga atau nak mencantikkan lagi aset dorang. Bodoh betul. Rugi je. Kalau taknak baik bagi kat I!" Delly pulak menambah disertai kekekan pondan-pondan lain.

Aku yang mendengar, mula terkesan sesuatu. Betul jugak kata Delly si Pondan tegar itu. Perempuan terlepas peluang. Yang sudah ada tidak mahu dijaga. Sedangkan kaum lain, berlumba-lumba mendapatkannya. Apapun, semoga pintu hati golongan mereka ini dibuka dan diberikan Hidayah dan petunjuk dari Allah untuk segera berubah dari terus berperangai songsang begini. Dan semoga Allah menutup keinginan mereka dari terus mengubah apa yg telah Allah ciptakan kepada mereka.

Sebagai penutup entry,
Aku google beberapa gambar orang yg melakukan pembedahan plastik secara ekstrem dan melampau. Ianya kerana banyak kali dilakukan dan terlalu banyak yg diubah.
Lihat dan nilai berdasarkan logik anda sendiri.















Takut kan tengok? Seriously bagi aku, wajah asal dorang adalah lima puluh kali ganda lg cantik dari wajah selepas melakukan pembedahan plastik. Takut tak nak buat? Takut tak?? Tapi itu kalau yang TAK BERJAYA. tapi kalau yang BERJAYA macam dekat bawah ni? Adakah anda masih takut? Atau mahu mencuba? Tepuk dada, Tanya selera sendiri.






Erm. Fuyohh Fuyohhhh. Muka seiras artis Korea gitu.
Nampak betapa hebatnya pembedahan plastik sehingga begitu ramai yg sanggup sakit demi mendapatkan hasilnya, seperti mana golongan pondan-pondan yg pernah aku temui dan lihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana ngerinya kesan pembedahan ke atas mereka.
Cukup untuk setakat ini. Adiosssss~