Sekarang almost 2AM in the morning but macam biasa aku belum lagi rasa nak tidur. Luangkan masa belek blog yang dah lama aku tak tengok sejak deactive dulu. Banyak benda yang berubah dan susah aku nak fahami macam dulu balik. Then sekarang bila aku rasa nak aktif ber-blog balik, Aku mula rasa yang aku ni sebenarnya macam tengah menempah masalah.
Pergi kedai mamak, Duduk dekat meja pilihan, Gamit abang mamak yang tengah berpeluh-peluh tebar roti canai sambil melaung "ANE, MASALAH SATU. IKAT TEPI."
Itu cuma gambaran situasi aku sekarang. Aku belumlah sampai ke tahap Bebal lagi nak order "Masalah" bagai. Tapi tu lah........ Naik muak jugak aku nak menggodek dalaman editor blog ni ibarat segumpal rambut bersimpul-simpul. Hmmm.... Geram aku menengok blog oghang lain yang cantik belaka. Tapi blog aku ni mak datuk, bapak segala hampeh. Membosankan. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, aku nak balik blog aku yang sebelum ni. Huaaaaaa TT.TT
Dalam pada tu aku cuba jugak pujuk diri sendiri. Nevermind ainul, belajar dulu. Lama-lama mesti expert punya lah. Hewhew. Pandai lah. Aku ni dah lah jenis kepala otak susah nak dapat ilmu.\
Okay habis bab pasal masalah blog yang amat sulit ni.
Hidup jenis apa yang tak ada masalah kan. Sebut pasal masalah, teringat satu insiden yang jadi masa aku pergi pasar malam dekat area rumah tadi. Kepada sesiapa yang tak tau apakah itu pasar malam, dalam bahasa Inggerisnya ia dipanggil Night Market. Kalau tak tau jugak, boleh lah sila pergi google search.
Okay, Cakap pasal pasar malam..... Dalam kepala enkorang pun dah tahu kan keadaan dia macam mana.
Okay, Cakap pasal pasar malam..... Dalam kepala enkorang pun dah tahu kan keadaan dia macam mana.
- Sesak dan bising.
- Orang Ramai berpusu-pusu dan kerap berlaku perlanggaran.
- Dipenuhi asap sate, asap ikan bakar, asap mee goreng, asap putu mayum, asap kereta dan pelbagai jenis yang tak perlu dinyatakan rasanya.
Malu weh kata kau. Lagi malu bila aku sedar mamat yang meniaga kedai bebola tu sampai naik kecik mata dia punya nak menahan gelak. Arghh dah tentu-tentu dia nampak insiden memalukan tu kan? Mesti punya! Dan bukan dia je. Ramai orang lain lagi. SURE.
Motif aku kaitkn cerita memalukan di pasar malam ni sebab nak bagi contoh kategori masalah dlm hidup, cara ia berlaku, kenapa ia berlaku dan bagaimana kita perlu bijak nak handle.
Let say lah aku diberi peluang tadi sama ada nak tersepak lopak atau menghindari lopak, dah tentu aku akan pilih untuk hindar dan lalu jalan yang lebih elok kan?
Maksud aku, Masalah klu nak jadi, Dekat memana pun boleh jadi. dekat pasar malam depan gerai bebola pun boleh berlaku. Kekadang kenapa ia berlaku pun kita terlepas pandang, tak tahu kenapa, Tetiba boleh nak terjatuh sebab tersepak lopak.
Tapi tengok cara kita nak handle benda tu. Sama ada kita nekad untuk teguh tanpa jatuh dan berlalu dengan ketawa, ataupun kita mengalah dan tersungkur lemah lalu kita yang diketawakan.
Dari hal kecil macam ni kita dah boleh nilai apa tindakan kita klu kita hadap masalah yang lagi besar.
Isu pasar malam ni cuma satu contoh rawak yang aku beri. Korang faham ke tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Hope faham dan buatlah conclusion sendiri,
Bagi aku. Setiap benda kecil yang berlaku pun aku akan nilai dan kaitkan dengan norma kehidupan.
Baru tu namanya eksperimentasi diri.
Masa untuk tidur. Adiosss!