Friday, May 31, 2013

Alunan Melankolia dan Sedikit Tentang Dirinya.

Sebenarnyaa.......
Sebenarnya aku..........
Sebenarnya aku tak terfikir nak tulis pasal dia. Tapi subuh yg dingin ni buatkan ingatan pd dia begitu kuat betul. Bukan aku rajin sangat nak berjaga, Tapi aku sememangnya tak boleh tidur.
Dan malu jugak nak mengaku, sebabnya aku tak boleh tidur..... Inilah dia. Si pemilik nama ni punya sebab.

Amirul Ikhwan Kamarudin.

Semalam masa OTP dengan dia, tetiba dia tanya "Biy blog awak tu macam mana?" Aku jawab lah "Okay je, Tkde benda apa pun." Then sayang reply "Wan pun tak sempat lagi nak pergi tengok blog awak. Ada tulis pasal wan tak?" Aku terdiam kejap. Tulis pasal dia? Ada. Tapi sikit-sikit je. bukan pasal apa. Cuma segan nak menulis berjiwang larat tentang hati dan perasaan ni *Poyo benau ayat awak ye cik ainul....
Lagipun kalau nak ditulis semuanya tentang dia, Habis tahun ni pun aku tak mampu nak menghabiskannya. Kerana terlalu banyak..... Tentang dia yg berada dalam fikiran ini terlalu banyak.

Tentang dia, ada yg mampu aku terangkan, ada juga yg sesetengahnya rumit untukku perjelaskan.
Tapi aku tahu aku tak mahukan lebih dari ini, kerana memilikinya dengan apa adanya dia sekarang adalah terlalu mencukupi bagiku. Ya Allah ayat.... nampak tak pengaruh sastera aku satu demi satu dah memunculkan diri. Ni lah akibat dek terlalu berjiwangan laratan......
Tapi......
Tapi inilah.........
Tapi inilah apa yg sedang aku rasakan sekarang.

Dan jari-jemari aku berhenti menaip kerana buat seketika otak seperti stuck. Bukan hilang idea. Jauh sekali tak ada kebolehan mereka-reka cerita. Tapi kerana teringat... momen-momen kami bersama. Diiringi alunan lagu sentimental yg membelai lembut gegendang telinga, mengingatkan aku tentang dirinya. Dan betapa besarnya gigi dia ketika senyum, atau betapa redup pandangan matanya yg menentang mataku, atau betapa poyo sungguh mukanya bila dia marah, atau betapa indah sungguh suaranya yg menawan.
 
Dan....... *Alunan Lelagu jiwang terus berkumandang dengan begitu syahdu sekali..
Best sena nye sambil menaip sambil dengar youtube. Dengar pulak lelagu syahdu yg sangat lah buatkan hati ini bagaikan berterbangan ke mana-mana. Banyak rupanya lagu yg bisa bikin hati terasa begitu rapuh.

Ikutkan hati nak sangat dengar suara Encik Pemilik hati sekarang, Tp sbb logiknya kepala otak tak membenarkan sebarang panggilan dibuat sebab sekarang tengah subuh buta, maka di sinilah aku, menatap skrin ditemani cermin mata tebalku. Oh ya, sekarang adik sedang berdengkur dengan nyenyaknya. Sungguh nyenyak sekali. Aku rasa nak hempuk-hempuk tau lappy atas muka dia sebab jealous kenapa dia tidur so nyenyak sangat!!

"Bila kau pergi jauh ingatlah aku...." Ingatan aku kembali kepada sayang.
Rindu sungguh.....
Baiklah, Tangan dah capai Handphone. Dengan mukadimah Bismillah, Aku tetap nak call dia!